Saturday 24 January 2015



Ok, hari ni kekakak di loveydovey nak share tentang stage. Memandangkan ramai yang bertanya melalui fb, mudah, insta, so akak nak bg info sikit. Ini adalah stage untuk pelamin. ketinggian stage 6 inchi, lebat keseluruhan stage 4 kaki x 8 kaki..  tapi untuk memudahkan urusan transport, kami pecahkan stage kepada 4 bahagian. so setiap bahagian akan mempunyai zaiz 2 kaki x 4 kaki sahaja. Stage ni boleh di sewa daripada kami atau pun boleh di beli jika berminat. stage untuk di jual 100% baru dan belum di gunakan.. tetapi perlu membuat tempahan awal ye.. sebab stage ni tersangat la hot. cepat laris.. sampai kekakak di lovelydovey agak semput untuk menyiapkan stage, gubahan pelamin dan hantaran sekali gus.. huhu.. naik lebam mata kekakak di lovely dovey ni nak siapkan temapahan...  Jadi kami harap, kepada pelanggan yang di sayangi sekalian, minta buat tempahan awal ye untuk sebarang urusan pembelian.. TERIMA KASIH :)







Alhamdulilla.. walaupun sibuk dengan tugasan.. namun tempahan customer tetap dapat kekakak di lovelydovey siapkan mengikut masa yang di tetapkan.. Alhamdulilla.. customer pun sangat berpuas hati... Dengan hanya membayar 380, Customer meminta kami menyiapkan 5 dulang hantaran dan sebuah kek coklet KIT KAT... Terima kasih di ucapkan kepada semua pelanggan kami yang membuat tempahan.. Insyallah, kami akan mengenakan bayaran dengan harga yang sangat berpatutan.. KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI. :)  

Saturday 10 January 2015

Betulkan niat, betulkan konsep, Insyallah Selamat.

Hari ini admin terpanggil untuk menulis. Walaupun Dalam kesibukan, namun admin cuba mencari ruang untuk menulis. Kebelakangan ini, admin banyak menerima jemputan keraian terutama jemputan kahwin dan majlis berendoi. Melihat pelamin yang indah meriah dengan lampu dan bunga-bungaan  membuat tetamu pasti terpukau. Terlintas di fikiran admin, berapakah agaknya kos untuk majlis sebegini. ternganga sebentar admin bila teman admin berbisik nilai harga pelamin yang indah di mata.

Masallah.. sehingga begitu sekali harga untuk sebuah pelamin. " kawin sekali seumur  hidup". Sering kita mendengar kata-kata seperti ini. Memang benar. Majlis Perkahwinan adalah majlis yang sangat bermakna bagi setiap yang bergelar insan. Namun konsep perkahwinan sekarang yang membuatkan admin lebih berfkir. Banyak mana duit yang kita perlu belanjakan untuk sebuah majlis perkahwinan kita.

Kita memang di galakkan untuk membuat majlis bagi sesebuah perkahwinan. ini adalah bagi mengelakkan fitnah dan bertujuan memperkenalkan pasangan kita kepada tetamu dan kaum keluarga. Namun adalah lebih baik jika kita buat semampu kita.

" SEMAMPU KITA??" ye semampu kita. Sekarang ramai yang berhabis simpanan malah ada yang membuat pinjaman peribadi semata-mata untuk melangsungkan sesebuah majlis. Bagi pandangan peribadi admin, adalah lah lebih baik jika pihak pengantin menggunakan perbelanjaan perkahwinan yang tinggi itu untuk persiapan mereka membina sebuah keluarga. Persiapan, sewa rumah atau membeli rumah, persiapan membeli peralatan di dalam rumah, persiapan untuk menimang cahaya mata, persiapan untuk membesarkan zuriat dan persiapan semasa sakit dan persiapan kecemasan lain. Seandainya, ketika melangsungkan perkahwianan kita telah meghabiskan semua simpanan yang ada atau mula membuat pinjaman bank, berapa lama kita perlu membuat simpanan semula untuk kesejahteraan keluarga yang baru di di bina. Berapa lama pula kita perlu melangsaikan hutang yang di pinjam. Cukupkah gaji kita ketika itu seletah di tolak segala bil dan hutang untuk menyimpan atau untk menyara keluarga.


Pada pandangan Admin, biarlah majlis perkahwianan yang merupakan permulaan sebuah keluarga di buat secara besederhana dan mengikut kemampuan. Ini tidak lah bermakna majlis itu kelihatan comot atau kurang teratur. Tetapi biar Sweet and Simple.  Sweet dari segi rupa dan simple dari segi harga. Pelamin yang indah akan di pulangkan semual kepada pemilik, tetapi harga mahal yang kita bayar tidak akan di kembalikan.

Sebab itu admin lebih suka menekan kan betulkan niat kita. Niat kita membuat majlis  adalah untuk meraikan hari bahagia mengikut tuntutan dan berkongsi gembira bersama saudara mara dan rakan-rakan. Betulkan konsep kita, iaitu membuat majlis bukan untuk membebankan kita selepas hari bahagia kita. Insyallah majlis tetap berlangsung meriah, dan mendapat keberkatan. Amin.


p/s: maaf admin cuma ingin berkongsi pendapat dan pandangan.

Friday 9 January 2015

gubahan tempahan









Alhamdulilla... hari ni kekakak di lovelydovey bertungkus lumus membuat persiapan untuk tempahan..tema pink putih..  walaupun pelanggan hanya menempah set pelamin bernilai RM 200 ringgit, tetapi kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. 

Kepada sesiapa yang mahukan pelamin Budget tetapi dengan nilai mutu dan gaya yang tinggi.. jagan sengan silu untuk call kami di 012-2226970 atau 013- 6279 691. Nyatakan apa tema pilihan anda dan kami akan cuba menyiapkan plamin anda mengikut budget yang anda ada. :)

Thursday 8 January 2015

SELAMAT DATANG

Alhamdulilla.. Syukur di panjatkan kepada Ilahi kerana masih di berikan kesempatan untuk bernafas di buminya sehingga ke saat ini. Walaupun kedatangan tahun 2015 dengan penuh dugaan, namun segalanya hanyalah ujian Allah untuk hamba-hamba yang di sayangi nya. Tahun 2015, kita sekali lagi di duga dengan kemelesetan ekonomi. Tahun ini juga, kami Di Lovely_dovey terpanggil untuk memperluaskan lagi perniagaan sambil beramal.

Setiap insan mempunyai naluri untuk meraikan saat-saat bahagian walau dengan cara berbeza. Ada yang ingin meraikannya secara besar-besaran dan ada juga yang hanya mahukan majlis yang sweet dan simple. Ada juga di kalangan kita tidak mampu membuat keraian kerana kekangan kos yang melampau.

Syukur alhamdulilla, Sebagai insan biasa yang di lahirkan di dalam keluarga yang sederhana, Kami di lovely_dovey di berikan kesempatan merasai pahit manis, susah dan senang di dalam melayari kehidupan.

Tahun 2015, amat bermakna bagi kami. dengan pengalaman yang telah ada, kami disini membuat pakej-pakej lengkap untuk sewaan atau tempahan sebarang majlis keraian.

Untuk tempahan pelamin ( Nikah, Kahwin, Bertunang) pakej kami bermula dengan harga serendah RM 140. Di lovey_dovey, misi kami adalah untuk meraikan bersama saat bahagia pelanggan kami. Harga tawar menawar juga di benarkan, kerana seboleh mungkin kami mahu merialisasikan impan setiap pelanggan.

Kepada pelanggan kami yang terahulu, terima kasih kerana ucapkan kerana memberi pengalaman kepada kami dalam bidang ini. Kepada pelanggan kami yang akan datang. selamat Datang di ucapkan. Maaf di pinta kerana Blog ini masih tidak lengkap. masih di dalam pembangunan. Namun kami akan mengupdate nya dari masa ke semasa.