Saturday 10 January 2015

Betulkan niat, betulkan konsep, Insyallah Selamat.

Hari ini admin terpanggil untuk menulis. Walaupun Dalam kesibukan, namun admin cuba mencari ruang untuk menulis. Kebelakangan ini, admin banyak menerima jemputan keraian terutama jemputan kahwin dan majlis berendoi. Melihat pelamin yang indah meriah dengan lampu dan bunga-bungaan  membuat tetamu pasti terpukau. Terlintas di fikiran admin, berapakah agaknya kos untuk majlis sebegini. ternganga sebentar admin bila teman admin berbisik nilai harga pelamin yang indah di mata.

Masallah.. sehingga begitu sekali harga untuk sebuah pelamin. " kawin sekali seumur  hidup". Sering kita mendengar kata-kata seperti ini. Memang benar. Majlis Perkahwinan adalah majlis yang sangat bermakna bagi setiap yang bergelar insan. Namun konsep perkahwinan sekarang yang membuatkan admin lebih berfkir. Banyak mana duit yang kita perlu belanjakan untuk sebuah majlis perkahwinan kita.

Kita memang di galakkan untuk membuat majlis bagi sesebuah perkahwinan. ini adalah bagi mengelakkan fitnah dan bertujuan memperkenalkan pasangan kita kepada tetamu dan kaum keluarga. Namun adalah lebih baik jika kita buat semampu kita.

" SEMAMPU KITA??" ye semampu kita. Sekarang ramai yang berhabis simpanan malah ada yang membuat pinjaman peribadi semata-mata untuk melangsungkan sesebuah majlis. Bagi pandangan peribadi admin, adalah lah lebih baik jika pihak pengantin menggunakan perbelanjaan perkahwinan yang tinggi itu untuk persiapan mereka membina sebuah keluarga. Persiapan, sewa rumah atau membeli rumah, persiapan membeli peralatan di dalam rumah, persiapan untuk menimang cahaya mata, persiapan untuk membesarkan zuriat dan persiapan semasa sakit dan persiapan kecemasan lain. Seandainya, ketika melangsungkan perkahwianan kita telah meghabiskan semua simpanan yang ada atau mula membuat pinjaman bank, berapa lama kita perlu membuat simpanan semula untuk kesejahteraan keluarga yang baru di di bina. Berapa lama pula kita perlu melangsaikan hutang yang di pinjam. Cukupkah gaji kita ketika itu seletah di tolak segala bil dan hutang untuk menyimpan atau untk menyara keluarga.


Pada pandangan Admin, biarlah majlis perkahwianan yang merupakan permulaan sebuah keluarga di buat secara besederhana dan mengikut kemampuan. Ini tidak lah bermakna majlis itu kelihatan comot atau kurang teratur. Tetapi biar Sweet and Simple.  Sweet dari segi rupa dan simple dari segi harga. Pelamin yang indah akan di pulangkan semual kepada pemilik, tetapi harga mahal yang kita bayar tidak akan di kembalikan.

Sebab itu admin lebih suka menekan kan betulkan niat kita. Niat kita membuat majlis  adalah untuk meraikan hari bahagia mengikut tuntutan dan berkongsi gembira bersama saudara mara dan rakan-rakan. Betulkan konsep kita, iaitu membuat majlis bukan untuk membebankan kita selepas hari bahagia kita. Insyallah majlis tetap berlangsung meriah, dan mendapat keberkatan. Amin.


p/s: maaf admin cuma ingin berkongsi pendapat dan pandangan.

No comments:

Post a Comment